PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK

6:48 PM

PPIK SEBERANG PERAK bakal beroperasi.

Posted by naruto


pembinaan bangunan PPIK Seberang Perak sudah hampir siap. Ianya hanya menunggu kemasukan talian elektrik oleh TNB sahaja. marilah kita berdoa agar ianya berjalan lancar dan PPIK kita dapat menjalankan operasi secepat mungkin.


barisan penyelia-penyelia Pusat perkhidmatan ilmu dan komuniti Negeri Perak yang akan mencuba sedaya upaya untukmemaju dan menjaya kan PPIK untuk negeri perak. bersama kita berdoa agar dapat menjalankan tugas dengan tenang dan diberkati Allah SWT.




Satu Program anak angkat oleh Jabatan Belia dan Sukan telah diadakan di Felcra Seberang Perak pada 21-23 november baru-baru ini. Seramai 200 orang belia dari kuala lumpur dan Johor telah terpilih untuk dijadikan anak angkat oleh peserta Felcra Seberang Perak. Setiap keluarga yang terpilih telah diberikan 3-4 orang anak angkat untuk dijaga selama 2 hari 1 malam. pelbagai aktiviti seperti gotong-royong dan sukaneka telah diadakan bersama keluarga angkat masing. program ini diadakan untuk menbentuk jati diri dikalangan belia yang terlibat. kami warga felcra seberang perak mengucapkan ribuan terimakasih kepada JBS dan anak-anak angkat untuk program ini. semoga dilain masa kita berjumpa lagi.



satu latihan pembangunan kapasiti penyelia PPIK telah diadakan di Hotel Chorus, Kuala Lumpur pada 18-20 November 2008. Latihan ini adalah susulan kepada latihan pembangunan kapasiti penyelia PPIK tahap satu yang telah dijalankan pada bulan Oktober yang lepas. Ia dijalan bagi memastikan visi dan misi PPIK dapat tercapai dengan jayanya. kesemua penyelia-penyelia PPIK diseluruh semenanjung telah dikumpulkan. selain mendengar taklimat penyelia juga telah dikumpulkan untuk bertukar-tukar pandangan dan masalah PPIK dikawasan masing-masing. berikut merupakan sebahagian gambar semasa krusus dijalankan.