PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK


salam..semalam penulis berkesempatan untuk melawat mangsa yang koma dalam kemalangan ngeri di depan kolej komuniti pasir salak, changkat lada. Ianya tidak dirancang sebenarnya. penulis telah pergi ke hospital teluk intan untuk melawat jiran penulis yang dimasukkan ke wad kerana disyaki penyakit chikunya. Dan secara kebetulan terserempak dengan waris mangsa kemalangan di hospital tersebut. Dari maklumat yang penulis terima Mangsa yang koma itu telah dipindah kan ke hospital teluk intan kerana peluang mangsa untuk hidup adalah amat tepis. ketika melawat mangsa kelihatan ayah dan opah mangsa begitu sedih sekali. Dan mangsa penulis dapati hanya mengunakan alat bantuan hayat. Sungguh sedih dan Insaf penulis melihat mangsa sedang betarung dengan nyawa. Dan pagi ini penulis telah mendapat berita mangsa telah kembali ke Ramatullah pada subuh tadi. Al-fatihah Buat mangsa dan ucapan Takziah kepada keluarga mangsa. Dengan pemergian mangsa maka jumlah yang terkorban dalam kemalangan itu ialah 3 orang dan 3 lagi mangsa alhamdullilah sudah semakin stabil dan telah ditempatkan ke wad biasa.

P/S : Al-fatihah kepada 3 orang mangsa kemalangan ngeri pada 12/04/09 semoga arwah mangsa2 yang terlibat ditempat dikalngan golangan org beriman dan dicucuri rahmat dari Allah SWT. Amin.






salam..pada 12 april 2009 telah berlaku satu kemalangan maut yang amat mengerikan difelcra changkat lada. kemalangan di depan kolej komuniti pasir salak, felcra changkat lada pada pukul 3.15 petang itu telah meragut 2 nyawa. kedua-dua mangsa adalah pelajar tingkatan 1 sekolah menengah changkat lada. kemalangan ini melibatkan sebuah kereta dan 4 buah motosikal yang ditungangi 6 org remaja. seorang meningal ditempat kejadi, seorang lagi meningal di klinik kesihatan chngkat lada mana kala 4 orang lagi mengalami kecedaraan parah dimana dua daripada masih lagi koma di hospital ipoh. kemalangan ini berpunca dari kecuain pemandu kereta dan penungang motasikal yang masing-masing menbawa kenderaan dengan laju di kawasan yang tidak dibenarkan. seorang daripada mangsa yang meningal adalah merupakan jiran penulis. disini pihak ppik seberang perak mengucap takziah kepada waris-waris mangsa yang terlibat dan mendoakan dipanjangkan umur kepada mangsa yang sedang koma. dan diharap warga setempat dan ibu-bapa amnya mengawasi anak-anak masing-masing dan melarang mereka yang dibawah umur untuk menungung motosikal. mari kita mengambil iktibar dari kejadian ngeri yang berlaku agar ia tidak berulang dimasa hadapan.

7:31 AM

sepetang di changkat lada part 2

Posted by naruto