PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK

9:35 PM
Posted by naruto

;

PROGRAM e-Pembelajaran Maxis-Berita Harian adalah sebahagian usaha Maxis Communications Berhad (Maxis) memperkasa tanggungjawab sosialnya menerusi program kemasyarakatan, Maxis Menghubungkan Masyarakat (MBC).

Pengurus Besar Jabatan Tanggungjawab Korporat Maxis, Norlina Mohd Yunus, berkata MBC adalah pendekatan bersepadu Maxis bagi menggalakkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta modal insan dengan memfokuskan bidang pendidikan dan remaja.

Katanya, Maxis Cyberkids adalah program utama MBC yang menjadi tonggak penganjuran Kem Maxis Cyberkids berjaya memberi manfaat lebih 8,000 pelajar dari kira-kira 3,000 sekolah seluruh negara.“Program e-Pembelajaran Maxis-Berita Harian adalah usaha terbaru Maxis menerusi kerjasama Berita Harian membantu sekolah dan pelajar meningkatkan pembelajaran menerusi kemudahan pendidikan atas talian ini.

“Pada masa sama, program ini juga diharap mampu menanam minat meneroka ilmu dan pengetahuan ICT menerusi kaedah pembelajaran lebih interaktif,” katanya berucap pada majlis perasmian program yang disempurnakan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman, Bentong.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarul Shahid; Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif dan Pengarang Pendidikan Berita Harian, Zainor Said.

Program menggunakan portal pendidikan terbaru Berita Harian guru.net.my itu disediakan kepada sekolah terpilih program Maxis Cyberkids untuk mengikuti pakej pembelajaran kendiri atas talian secara percuma yang boleh diakses menerusi portal Maxis Cyberkids.

Sebagai permulaan, katanya, 105 sekolah terpilih akan menerima 10 kata pengguna (ID) yang diagihkan kepada 60 calon Penilaian Menengah Rendah mengikuti pembelajaran atas talian bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Geografi.

Majlis pelancaran turut disertai pelajar Management & Science University (MSU) dan Kumpulan Kolej PTPL menerusi gerai pameran, ceramah kerjaya dan kegiatan mencari harta karun.

Sementara itu, Pengetua Kanan, SMK Sulaiman, Zakiah Awang, berkata program e-Pembelajaran Maxis-Berita Harian mampu dimanfaat sekolah khususnya guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Malah katanya, program itu turut memberi peluang pelajar memanfaatkan kemudahan ICT untuk meningkatkan tahap pembelajaran menerusi latihan dan ujian secara interaktif.

note : Dipetik dari BeritaHarian Bahagian Pendidikan 31 Julai 2009.

;