PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK

Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Bhd
Tingkat 2, Bangunan Felcra, Felcra Seberang Perak, 36800 Kampung Gajah, Perak
NO Telefon : 05-6558101 ext: 110 No Faks : 05-6558100

KILANG SAWIT SEBERANG PERAK
KILANG SAWIT SEBERANG PERAK FELCRA BERHAD, BANDAR BARU SEBERANG PERAK,
36800 kampung Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
No Tel : 05-6551826

MASJID FELCRA CHANGKAT LADA
BANDAR SEBERANG PERAK, 36800, KAMPUNG GAJAH, PERAK
(Tel : null Faks :null)

SEK KEB SERI CEMPAKA
BANDAR SEBERANG PERAK
36800 KAMPUNG GAJAH
PERAK
NO TEL : 05-6553978

SEK KEB CHANGKAT LADA 2
BANDAR SEBERANG PERAK
36800 KAMPUNG GAJAH
PERAK
NO TEL : 05-6551449

SEK KEB CHANGKAT LADA 3
BANDAR SEBERANG PERAK
36800 KAMPUNG GAJAH
PERAK
NO TEL : 05-6553491

SMK CHANGKAT LADA
BANDAR SEBERANG PERAK
36800 KAMPUNG GAJAH
PERAK
NO TEL : 05-6551097

PERPUSTAKAAN DESA FELCRA SEBERANG PERAK
JALAN CEMPAKA 5
BANDAR BARU SEBERANG PERAK
36800 KAMPUNG GAJAH PERAK
NO TEL : 019-4229545

PUSAT LATIHAN FELCRA SEBERANG PERAK
Bandar Seberang Perak
36800 Kampung Gajah
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05 - 655 1809 / 1393
Fax: 05 - 655 1109
Web: www.plfsp.com.my

FELCRA SEBERANG PERAK BERHAD
36800 KAMPUNG GAJAH PERAK
PERAK DARUL RIDZUAN
NO TEL : 05-6551801 NO FAX : 05-6551800







9:57 PM

Minyak Kelapa Dara Istimewa

Posted by naruto



harga

Minyak Kelapa dara 100ml : RM 18.00

Minyak Kelapa dara 50ml : RM 12.00

Minyak Rambut Kelapa Dara 60ml : RM 18.00

Minyak Serai Wangi Kelapa Dara 60ml : RM 18.00

Bam Kelapa Dara 25gram : RM 12.00

kegunaan

mencengah penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asma, resdung, sembelit, buasir, gout, sengatan binatang berbisa dan penjagaan kulit serta rambut

untuk tempahan dan maklumat lanjut hubungi en.fairos 017-6492303.

12:20 AM

website / Portal Felcra Seberang Perak

Posted by naruto

salam..kepada semua warga Felcra Seberang Perak,flower Blog PPIK Seberang Perak,rakan-rakan blogger dan semua warga Malaysia yang inginkan INFO mengenai Felcra Seberang Perak boleh mengunjungi laman web dibawah ini.

http://telecentre.my/CSKC/Template/TemplateIndex.aspx?SiteID=75

semoga dengan info yang terdapat didalam laman web Felcra Seberang Perak ini dapat menberikan sedikit sebanyak maklumat untuk anda mengenali Felcra seberang Perak.

p/s : sila tingalkan komen atau pertanyaan andai terdapat kesalahan data atau info yang ter dapat di laman web ini.

s

3:31 AM

sukaneka koperasi 2009 in youtube

Posted by naruto


selain acara Futsal berkain pelekat, satu lagi acara yang menarik perhatian penulis ialah acara bola jaring berbaju kurung khas kaum wanita. Acara ini juga telah mendapat sambutan mengalakkan dari golangan beliawanis Felcra seberang Perak. penulis berkesempatan mengambil beberapa shot menarik ketika pertandingan diadakan.
kelihatan para peserta begitu bersemangat ketika perlawanan diatara FASA 2 VS FASA 4. ini adalah perlawanan peringkat awal dimana format pertandingan adalah mengunakan sistem kalah mati.pelbagai aksi-aksi menarik dapat disaksi kan. pakai baju kurung pun masih punya skill yang luar biasa para peserta ni. bakan terpedam pun habis tercukil :)
setelah penat beraksi masing-masing keletihan tapi masih sempat lahi menberikan posing yang menarik kepada penulis.disamping bersukan pihak urus setia karnival juga telah menjemput pusat kesihatan dearah bagi mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan juga program derma darah. gambar diatas menrupakan sesi pemeriksaan kesihatan untuk komuniti setempat. sekalung penhargaan dan ucapan terimakasih dari kami buat kakitangan pusat kesihatan dearah perak tengah.

pengujung tidak melepaskan kesempatan untuk pemeriksaan mata secara percuma.

kempen derma darah. penulis tidak berkesempatan untuk derma darah. bukan takut tapi tak cukup darah :P
majlis penutup bagi karnival sukan koperasi bersama masyarakat telah dirasmikan oleh YB dato Tajuddin bin Abd Rahman pegerusi Felcra Berhad.
YB dato Tajuddin bin Abd Rahman pegerusi Felcra Berhad, sedang merasmikan majlis penutup sukan koperasi bersama masyarakat.
majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam acara yang telah dijalankan oleh YB dato Tajuddin bin Abd Rahman pegerusi Felcra Berhad.demikianlah berakhirnya karnival sukan koperasi bersama masyrakat tahun 2009. pihak penganjur mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua ajk yang terbabit sepanjang karnival diadakan. dikesempatan ini juga penulis mewakili PPIK SEBERANG PERAK mengucapkan taniah dan terimakasih kepada Koperasi Peserta Felcra Seberang Perak Kerana telah menjemput penulis sebagai ajk dan telah mengadakan karnival yang amat menarik sekali. semoga kita bertemu lagi di karnival tahun depan. taniah dan syabas :)

p/s: kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan gambar sekitar karnival dalam bentuk cd dengan harga RM2.00 boleh dtang ke PPIK SEBERANG PERAK atau hubungi 013-4011989.

8:30 PM

Futsal berkain pelekat

Posted by naruto

Futsal berkain pelekat disini penulis nak highlight lebih sikit la. sebab team penulis iaitu fasa 2 atau pun taman desa mawar ada menyertainya. heheheh..dan secara tak diduga team penulis telah menjadi johan bagi Futsal berkain pelekat ini. dibawah ini adalah gambar-gambar perlawanan akhir futsal berkain pelekat diatara FASA 2 VS PUSAT BENIH FELCRA SEBERANG PERAK.

bergambar kenangan bersama pasukan lawan. yang pakai bip warna biru adalah team penulis manakala jersi kuning adalah team dari PUSAT BENIH FELCRA SEBERANG PERAK.


Gambar yang ini pula adalah aksi-aksi menarik semasa perlawanan akhir. ibarat final antara M.U dan Barca pule. tapi lagi daysat sebab berkain pelekat.
antara penonton-penonton yang hadir menyaksikan perlawanan akhir tersebut. kelihatan begitu terhibur dan asyik mereka menonton.akhirnya pasukan Pusat Benih Felcra seberang Perak tewas kepada pasukan Fasa 2 iaitu Team penulis dgn jaringan gol 3-1. rata-ratanya para peserta dan penonton begitu terhibur dengan Futsal berkain pelekat yang julung kalinya diadakan. diharap pihak pengajur dapat mengadakan pertandingan ini dimasa hadapan. syabas dan taniah kepada semua peserta dan ajk yang terbabit.

9:18 AM

pertandingan masakan dan Gubahan

Posted by naruto




9:00 AM

ujian membaca teks khutbah

Posted by naruto





entri dan gambar-gambar ini pula adalah suasana ketika ujian menbaca teks khutbah diadakan. penulis terbabit sebagai ajk untuk acara ini. dan Johan untuk acara ini disandang oleh peserta dari fasa 10.

8:53 AM

dart dan sukaneka kanak-kanak

Posted by naruto





entri diatas adalah sekitar sukaneka kanak-kanak bawah 12 tahun dan juga pertandingan dart antara fasa.

8:30 AM

sekitar sukaneka Koperasi Seberang Perak 09

Posted by naruto


salam. kepada semua bloger seMalaysia dan rakan-rakan bloger PPIK Malaysia. pada 12-13 Jun 2009 telah diadakan karnival Sukaneka bersama masyarakat Felcra Changkat lada yang telah sempat penulis hadiri..sukaneka ini telah dianjurkan oleh Koperasi Peserta Felcra Seberang perak dan badan-badan lain yang terdapat di Felcra Seberang Perak. Pelbagai acara seperti Futsal berkain pelekat, bola jaring, sukaneka, pakai beragam, dat, sepak raga ratus, petandingan mengubah, pertandingan masakan dan juga Ujian penilaian bacaan teks khutbah. berikut sedikit bahan yang dapat penulis sediakan semasa karnival tersebut.


6:23 PM

selamat pengantin baru

Posted by naruto


salam.. pada 12/05/2009 yang lepas penulis berkesempatan untuk menhadirkan diri ke majlis salah seorang pengunjung/pelajar di PPIK SEBERANG PERAK. Beliau ialah saudara Razali atau lebih dikenali sebagai Begong Kecik. Beliau telah selamat mendirikan mahligai perkahwinanya dengan seorang gadis dari Tanjung Belanje,parit, perak. Di kesempatan yang ada ini penulis ingin mengucapkan selamat berbahagia dan semoga mahligai yang terbina berkekalan ke akhir hayat kepada saudara Begong Kecik bersama pasanganya.

P/S : Tak sabar nak makan nasi minyak bro baju hitam tu :P

7:29 AM

pasar malam di changkat lada

Posted by naruto







Pasar malam di Changkat lada diadakan setiap hari selasa dari Pukul 3.00 petang hingga 11.00 malam. Pelbagai barangan keperluan harian dijual di Pasar malam ini. Pasar malam di Changkat lada sudah beroperasi hampir 2 tahun dan ianya secara tidak lansung telah menambahkan pendapatan penduduk setempat di Changkat Lada.

p/s : terdapat juga pasar siang di Changkat lada digelar Pekan ahad ditapak yang sama :)


salam..semalam penulis berkesempatan untuk melawat mangsa yang koma dalam kemalangan ngeri di depan kolej komuniti pasir salak, changkat lada. Ianya tidak dirancang sebenarnya. penulis telah pergi ke hospital teluk intan untuk melawat jiran penulis yang dimasukkan ke wad kerana disyaki penyakit chikunya. Dan secara kebetulan terserempak dengan waris mangsa kemalangan di hospital tersebut. Dari maklumat yang penulis terima Mangsa yang koma itu telah dipindah kan ke hospital teluk intan kerana peluang mangsa untuk hidup adalah amat tepis. ketika melawat mangsa kelihatan ayah dan opah mangsa begitu sedih sekali. Dan mangsa penulis dapati hanya mengunakan alat bantuan hayat. Sungguh sedih dan Insaf penulis melihat mangsa sedang betarung dengan nyawa. Dan pagi ini penulis telah mendapat berita mangsa telah kembali ke Ramatullah pada subuh tadi. Al-fatihah Buat mangsa dan ucapan Takziah kepada keluarga mangsa. Dengan pemergian mangsa maka jumlah yang terkorban dalam kemalangan itu ialah 3 orang dan 3 lagi mangsa alhamdullilah sudah semakin stabil dan telah ditempatkan ke wad biasa.

P/S : Al-fatihah kepada 3 orang mangsa kemalangan ngeri pada 12/04/09 semoga arwah mangsa2 yang terlibat ditempat dikalngan golangan org beriman dan dicucuri rahmat dari Allah SWT. Amin.






salam..pada 12 april 2009 telah berlaku satu kemalangan maut yang amat mengerikan difelcra changkat lada. kemalangan di depan kolej komuniti pasir salak, felcra changkat lada pada pukul 3.15 petang itu telah meragut 2 nyawa. kedua-dua mangsa adalah pelajar tingkatan 1 sekolah menengah changkat lada. kemalangan ini melibatkan sebuah kereta dan 4 buah motosikal yang ditungangi 6 org remaja. seorang meningal ditempat kejadi, seorang lagi meningal di klinik kesihatan chngkat lada mana kala 4 orang lagi mengalami kecedaraan parah dimana dua daripada masih lagi koma di hospital ipoh. kemalangan ini berpunca dari kecuain pemandu kereta dan penungang motasikal yang masing-masing menbawa kenderaan dengan laju di kawasan yang tidak dibenarkan. seorang daripada mangsa yang meningal adalah merupakan jiran penulis. disini pihak ppik seberang perak mengucap takziah kepada waris-waris mangsa yang terlibat dan mendoakan dipanjangkan umur kepada mangsa yang sedang koma. dan diharap warga setempat dan ibu-bapa amnya mengawasi anak-anak masing-masing dan melarang mereka yang dibawah umur untuk menungung motosikal. mari kita mengambil iktibar dari kejadian ngeri yang berlaku agar ia tidak berulang dimasa hadapan.

7:31 AM

sepetang di changkat lada part 2

Posted by naruto