PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK

dimaklumkan kepada rakan-rakan ppik,rakan-rakan blogger satu blog usahawan wanita veteren iaitu blog wak tempe akan muncul tidak lama lagi. proses-proses pengumpulan maklumat dan perbincangan dengan beliau sedang dijalankan. jadi nantikan kemunculan blog wak tempe yang akan menjadi wanita pertama menpromosikan makanan eksotik jawa dan melayu iaitu TEMPE......melalui dunia blogger..bersama-samalah kita menbantu usaha murni beliau.

6:40 PM

KEBAKARAN DI PAGI 11HB MAC 2009

Posted by naruto




GEMPAR... PAGI 11HB YANG DINGIN TIBA2 MENJADI KACAU.. MENJADI KELAM KABUT..2 DEMTUMAN KUAT SEPERTI BUNYI BOM MENGEGARKAN HENING PAGI WARGA CHANGKAT LADA...DAN SETELAH DI SIASAT SATU KEBAKARAN DI MEDAN BAKAP FELCRA CHANGKAT LADA . KEBAKARAN TELAH MENYEBAB SEBANYAK 5 UNIT KEDAI BARIS DIMEDAN BAKAP TERSEBUT RANAP SAMA SEKALI. SANGAT MENGEJUTKAN KERANA 2 MINGGU YANG LEPAS SATU KEBAKARAN YANG SAMA TELAH MERANAPKAN 3 UNIT KEDAI DI TEMPAT YG SAMA. JADI ADAKAH INI SATU KEBETULAN ATAU PUN SATU SEBOTAJ KEPADA PEMILIK KEDAI DISITU. HANYA TUHAN YANG TAHUN. JADI SAYA BAGI PIHAK PPIK SEBERANG PERAK MENGUCAPKAN TAKZIAH KEATAS PEMILIK KEDAI DI MEDAN BAKAP ITU.

7:23 AM

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Posted by naruto







9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH


DI LEMBAH URANAH,
GUNUNG 'ARAFAH


"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan
demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.

Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan.
Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya
.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "



p/s sampaikan walau sepotong ayat...