PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK

1:35 AM

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Posted by naruto




Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah
'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah
'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian'
adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili
'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud
'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah
'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah
'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca
surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"






5:28 AM

sekitar site visit PPIK SEBERANG PERAK.

Posted by naruto





Pada 24 Mac 2009 satu lawatan oleh pihak Warisan Global dan jugak Maxis telah dijalankan di PPIK SEBERANG PERAK. Lawatan ini dilakukan adalah bertujuan untuk menberi penerangan mengenai hala tuju dan tujuan PPIK SEBERANG PERAK amnya dan seluruh PPIK di Malaysia.Pelbagai Aktiviti telah dilakukan bersama-sama komuniti semasa lawatan tersebut.Pihak PPIK SEBERANG PERAK mengucapkan ribuan terimakasih kepada Warisan Global,Maxis dan Seluruh komuniti yang hadir. Berikut merupakan gambar-gambar semasa lawatan tersebut.

7:16 PM

mulakan dengan.....

Posted by naruto