PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK

9:18 AM

pertandingan masakan dan Gubahan

Posted by naruto




9:00 AM

ujian membaca teks khutbah

Posted by naruto





entri dan gambar-gambar ini pula adalah suasana ketika ujian menbaca teks khutbah diadakan. penulis terbabit sebagai ajk untuk acara ini. dan Johan untuk acara ini disandang oleh peserta dari fasa 10.

8:53 AM

dart dan sukaneka kanak-kanak

Posted by naruto





entri diatas adalah sekitar sukaneka kanak-kanak bawah 12 tahun dan juga pertandingan dart antara fasa.

8:30 AM

sekitar sukaneka Koperasi Seberang Perak 09

Posted by naruto


salam. kepada semua bloger seMalaysia dan rakan-rakan bloger PPIK Malaysia. pada 12-13 Jun 2009 telah diadakan karnival Sukaneka bersama masyarakat Felcra Changkat lada yang telah sempat penulis hadiri..sukaneka ini telah dianjurkan oleh Koperasi Peserta Felcra Seberang perak dan badan-badan lain yang terdapat di Felcra Seberang Perak. Pelbagai acara seperti Futsal berkain pelekat, bola jaring, sukaneka, pakai beragam, dat, sepak raga ratus, petandingan mengubah, pertandingan masakan dan juga Ujian penilaian bacaan teks khutbah. berikut sedikit bahan yang dapat penulis sediakan semasa karnival tersebut.


9:35 AM

Tips Temuduga 2

Posted by naruto

Tips Menghadapi Temuduga
Terdapat dua aspek mustahak semasa ingin menghadapi temuduga iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.

Persediaan

Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
Sumber-sumber yang boleh membantu ialah :

- Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.

- Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.

- Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

1. Selidik sama ada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu.

2. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

3. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.

4. Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan bersih.

5. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.

6. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikan permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan itu.

7. Bawa bersama sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung

8. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

9. Sediakan dua orang referre yang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

Tingkah Laku Semasa Temuduga



  1. Semasa hendak masuk bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu untuk memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  3. Jangan duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
  4. Jangan letakkan barang-barang, tangan atau siku di atas meja penemuduga.
  5. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.
  7. Jangan cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga.
  8. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  9. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
  10. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
  11. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
  12. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  13. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  14. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  15. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  16. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  17. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  18. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  19. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  20. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  21. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan jumlah gaji yang akan dibayar.
  22. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingini. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  23. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  24. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  25. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

9:33 AM

Tips Temuduga 1

Posted by naruto

Temu duga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temu duga anda dikehendaki menjual anda secara cergas giat mulai anda sampai sehingga anda bertolak dari tempat temu duga. Seseorang mencari kerja bolehh membuat persediaan untuk sesuatu temu duga kerja dengan menduga soalan soalan temu duga dengan menyelidik latar belakang majikan, menyediakan rangka jawapan bagi soalan soalan yang mungkin di tanya dan menyebut berulang ulang jawapan itu. (tanpa menghafal). Ikutlah petua petua yg di berikan.

SEBELUM TEMU DUGA

Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi aktiviti utama serta prestasi kewangan. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar benar berminat untuk menyandang jawatan yang dipohon itu. Maklumat yang diperolehi boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini :

* Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?
Bersedia menjawab serta tanya soalan sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda temu duga juga dwi tujuan. Pertama untuk menjual anda kedua untuk memiliki jawatan.

Setelah menanya pelbagai soalan penemu duga biasanya meminta anda menanyakan soalan. Anda perlu menayakan solan yang bernas seperti :
* Adakah syarikat merancang untuk memperluaskan operasinya?
* Apakah falsafah dan nilai-nilai syarikat?
* Apakah aliran penting dalam industri diceburi oleh syarikat?
* Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan diukur?
* Apakah kelebihan dah kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya

Sediakan pakaian yang kemas, sut kelabu, hitam atau biru kelasi atau pakaian dengan tali leher sahaja adalah sesuai.

SEMASA TEMU DUGA ANDA

* Tiba sekurang kurangnya 30 minit sebelum temu duga di adakan
* Bagi salam kepada panel temu duga
* Dengar dengan teliti semua soalan dan beri jawapan yang bernas
* Jika anda tidak faham soalan minta perjelasan
* Berbual secara terbuka, tenang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda
* Ucapkan terima kasih pada panel tenu duga di akhir sessi.