PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK

9:35 AM

Tips Temuduga 2

Posted by naruto

Tips Menghadapi Temuduga
Terdapat dua aspek mustahak semasa ingin menghadapi temuduga iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.

Persediaan

Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
Sumber-sumber yang boleh membantu ialah :

- Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.

- Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.

- Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

1. Selidik sama ada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu.

2. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

3. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.

4. Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan bersih.

5. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.

6. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikan permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan itu.

7. Bawa bersama sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung

8. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

9. Sediakan dua orang referre yang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

Tingkah Laku Semasa Temuduga



  1. Semasa hendak masuk bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu untuk memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  3. Jangan duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
  4. Jangan letakkan barang-barang, tangan atau siku di atas meja penemuduga.
  5. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.
  7. Jangan cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga.
  8. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  9. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
  10. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
  11. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
  12. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  13. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  14. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  15. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  16. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  17. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  18. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  19. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  20. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  21. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan jumlah gaji yang akan dibayar.
  22. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingini. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  23. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  24. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  25. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

1 comments:

Tanoshi Resources Co. Ltd said...

NAK KERJA KERAJAAN?
SUSAH NAK DAPAT KERJA KERAJAAN?
SIAPA CAKAP? ADA CARANYA...
DAH ISI BORANG SPA?
DAH DAPAT INTERVIEW?
NAK CUBA?
Sila lawat Url ni: http://tinyurl.com/d9x6ks