PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK


selain acara Futsal berkain pelekat, satu lagi acara yang menarik perhatian penulis ialah acara bola jaring berbaju kurung khas kaum wanita. Acara ini juga telah mendapat sambutan mengalakkan dari golangan beliawanis Felcra seberang Perak. penulis berkesempatan mengambil beberapa shot menarik ketika pertandingan diadakan.
kelihatan para peserta begitu bersemangat ketika perlawanan diatara FASA 2 VS FASA 4. ini adalah perlawanan peringkat awal dimana format pertandingan adalah mengunakan sistem kalah mati.pelbagai aksi-aksi menarik dapat disaksi kan. pakai baju kurung pun masih punya skill yang luar biasa para peserta ni. bakan terpedam pun habis tercukil :)
setelah penat beraksi masing-masing keletihan tapi masih sempat lahi menberikan posing yang menarik kepada penulis.disamping bersukan pihak urus setia karnival juga telah menjemput pusat kesihatan dearah bagi mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan juga program derma darah. gambar diatas menrupakan sesi pemeriksaan kesihatan untuk komuniti setempat. sekalung penhargaan dan ucapan terimakasih dari kami buat kakitangan pusat kesihatan dearah perak tengah.

pengujung tidak melepaskan kesempatan untuk pemeriksaan mata secara percuma.

kempen derma darah. penulis tidak berkesempatan untuk derma darah. bukan takut tapi tak cukup darah :P
majlis penutup bagi karnival sukan koperasi bersama masyarakat telah dirasmikan oleh YB dato Tajuddin bin Abd Rahman pegerusi Felcra Berhad.
YB dato Tajuddin bin Abd Rahman pegerusi Felcra Berhad, sedang merasmikan majlis penutup sukan koperasi bersama masyarakat.
majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam acara yang telah dijalankan oleh YB dato Tajuddin bin Abd Rahman pegerusi Felcra Berhad.demikianlah berakhirnya karnival sukan koperasi bersama masyrakat tahun 2009. pihak penganjur mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua ajk yang terbabit sepanjang karnival diadakan. dikesempatan ini juga penulis mewakili PPIK SEBERANG PERAK mengucapkan taniah dan terimakasih kepada Koperasi Peserta Felcra Seberang Perak Kerana telah menjemput penulis sebagai ajk dan telah mengadakan karnival yang amat menarik sekali. semoga kita bertemu lagi di karnival tahun depan. taniah dan syabas :)

p/s: kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan gambar sekitar karnival dalam bentuk cd dengan harga RM2.00 boleh dtang ke PPIK SEBERANG PERAK atau hubungi 013-4011989.

0 comments: