PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK


salam..semalam penulis berkesempatan untuk melawat mangsa yang koma dalam kemalangan ngeri di depan kolej komuniti pasir salak, changkat lada. Ianya tidak dirancang sebenarnya. penulis telah pergi ke hospital teluk intan untuk melawat jiran penulis yang dimasukkan ke wad kerana disyaki penyakit chikunya. Dan secara kebetulan terserempak dengan waris mangsa kemalangan di hospital tersebut. Dari maklumat yang penulis terima Mangsa yang koma itu telah dipindah kan ke hospital teluk intan kerana peluang mangsa untuk hidup adalah amat tepis. ketika melawat mangsa kelihatan ayah dan opah mangsa begitu sedih sekali. Dan mangsa penulis dapati hanya mengunakan alat bantuan hayat. Sungguh sedih dan Insaf penulis melihat mangsa sedang betarung dengan nyawa. Dan pagi ini penulis telah mendapat berita mangsa telah kembali ke Ramatullah pada subuh tadi. Al-fatihah Buat mangsa dan ucapan Takziah kepada keluarga mangsa. Dengan pemergian mangsa maka jumlah yang terkorban dalam kemalangan itu ialah 3 orang dan 3 lagi mangsa alhamdullilah sudah semakin stabil dan telah ditempatkan ke wad biasa.

P/S : Al-fatihah kepada 3 orang mangsa kemalangan ngeri pada 12/04/09 semoga arwah mangsa2 yang terlibat ditempat dikalngan golangan org beriman dan dicucuri rahmat dari Allah SWT. Amin.

0 comments: