berikut antara gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan
untuk maklumat lanjut hubungi :-
Puan Fauziah,
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Seberang Perak
Jalan Cempaka 5
Felcra Seberang Perak
36800 kampung Gajah
perak
Tel : 019-4229545
ORANG KATA....
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA...
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.....
betul jugak tu..
ORANG KATA...
exam tu susah, kena banyak sacrifice,
constant study.. past year papers..etc...etc..etc..
ATUK KATA...
exam tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk di ikut, kalau ajal.. entah bila sesiapapun tak tahu,
banyak pula tu peringkat ujiannya,
Munkar, Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA...
betul jugak tu..
ORANG KATA...
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam, make it memorable one!!
ATUK KATA...
setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi untuk beramal, bertaubat..
AKU RASA...
betul jugak tu..
ORANG KATA...
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat,
baru hati puas
ATUK KATA...
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA...
betul jugak tu..
ORANG KATA...
successful people have a good time management,
ada bisnes di KL, New York, Tokyo ....
masih sempat berkempen untuk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA...
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA...
err.. betul jugak tu..
So......
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tidak sehebat dan seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.
Betul jugak tu…
Apa kata kita mula sekarang!
p/s : di foward dari En.Zul ( x state controler perak for USP5 project )

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah menyampaikan titahnya pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena keputeraan baginda ke-81 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam menegaskan, Raja berada di atas politik dan tidak boleh berdebat secara terbuka bagi menjawab serta memberi penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kumpulan politik tertentu.
Bagaimanapun, titah baginda, tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi Raja dengan menyemai rasa benci rakyat umpama 'menyalakan api dalam sekam'' yang amat berbahaya serta boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.
Bertitah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah, semalam, Sultan Azlan Shah kesal dengan perbuatan kuasa politik mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian.
Dipetik dari : Berita Mingguan 19 April 2009
SALAM..
disini penulis ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada en.deny ppik kg. endah kerana telah menberikan tunjuk ajar bagi menupgradekan blog ppik seberang perang ini. Hasil dari bantuan beliau blog ppik seberang perak telah berwajah baru. kepada seluruh komuniti changkat lada nantikan ruangan iklan yang bakal muncul tidak lama lagi.