PPIK SEBERANG PERAK [changkat lada]

"Merapatkan jurang Digital komuniti Desa" ....infomasi terkini kampung kita!!! PERAK DARUL RIDZUAN

;

adakah blog ini menyediakan infomasi menarik??

Followers PPIK

6:48 PM

PPIK SEBERANG PERAK bakal beroperasi.

Posted by naruto


pembinaan bangunan PPIK Seberang Perak sudah hampir siap. Ianya hanya menunggu kemasukan talian elektrik oleh TNB sahaja. marilah kita berdoa agar ianya berjalan lancar dan PPIK kita dapat menjalankan operasi secepat mungkin.


barisan penyelia-penyelia Pusat perkhidmatan ilmu dan komuniti Negeri Perak yang akan mencuba sedaya upaya untukmemaju dan menjaya kan PPIK untuk negeri perak. bersama kita berdoa agar dapat menjalankan tugas dengan tenang dan diberkati Allah SWT.




Satu Program anak angkat oleh Jabatan Belia dan Sukan telah diadakan di Felcra Seberang Perak pada 21-23 november baru-baru ini. Seramai 200 orang belia dari kuala lumpur dan Johor telah terpilih untuk dijadikan anak angkat oleh peserta Felcra Seberang Perak. Setiap keluarga yang terpilih telah diberikan 3-4 orang anak angkat untuk dijaga selama 2 hari 1 malam. pelbagai aktiviti seperti gotong-royong dan sukaneka telah diadakan bersama keluarga angkat masing. program ini diadakan untuk menbentuk jati diri dikalangan belia yang terlibat. kami warga felcra seberang perak mengucapkan ribuan terimakasih kepada JBS dan anak-anak angkat untuk program ini. semoga dilain masa kita berjumpa lagi.



satu latihan pembangunan kapasiti penyelia PPIK telah diadakan di Hotel Chorus, Kuala Lumpur pada 18-20 November 2008. Latihan ini adalah susulan kepada latihan pembangunan kapasiti penyelia PPIK tahap satu yang telah dijalankan pada bulan Oktober yang lepas. Ia dijalan bagi memastikan visi dan misi PPIK dapat tercapai dengan jayanya. kesemua penyelia-penyelia PPIK diseluruh semenanjung telah dikumpulkan. selain mendengar taklimat penyelia juga telah dikumpulkan untuk bertukar-tukar pandangan dan masalah PPIK dikawasan masing-masing. berikut merupakan sebahagian gambar semasa krusus dijalankan.

7:51 PM

Pasukan Rebana Perak Changkat Lada

Posted by naruto


pasukan rebana Perak Changkat Lada telah ditubuhkan pada tahun 2006. Kebanyakkan ahli pasukan terdiri daripada golongan generasi ke-2 Felcra Seberang Perak. Pada awal penubuhan pasukan ini dikenali dengan nama pasukan Rebana Tunas Baru dan telah dididik oleh Haji Mahmud dan En.mat. dan menjelang akhir tahun 2007 kedua-dua tenaga pengajar terpaksa menarik diri kerana faktor kesihatan. setelah itu pasukan ini telah sepakat menukar nama kepada rebana Perak Changkat Lada di telah dididik oleh En.Effendi atau lebih dikenali sebagi Abg Pin oleh ahli pasukanya. pasukan ini aktif menyertai pertandingan rebana dan bermain dikenduri-kenduri kahwin disekitar Felcra Seberang Perak dan juga di luar kawasan kampung. Berikut adalah pakej harga bagi pasukan rebana Perak Changkat Lada :

Malam kenduri dan Mengarak Pengantin : Rm250.00
malam kenduri, siang dan mengerak pengantin : Rm350.00
malam kenduri sahaja : Rm150.00
mengarak pengantin sahaja : Rm100.00

untuk tempahan hubungi :-

En. Hisyam : 0194494636
En. Nazri : 0134011986

email : ppiksbrgperak@yahoo.com

1:20 AM

ahli asas kelab PPIK SEBERANG PERAK

Posted by naruto


SALESMAN
NAMA : AHMAD ZABIDI BIN ABD SAMAD
NO.TELEFON : 0194040595
ALAMAT: NO. 199 JALAN DURIAN 1, FELCRA SEBERANG PERAK, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK
PEKERJAAN : USAHAWAN
JAWATAN : KETUA UMNO CAWANGAN CHANGKAT LADA